Jadi MyDecrescendo nak buat satu liputan exclusive kononnya la berkenaan anjing yang istimewa ni.Banzen merupakan anjing yang sangat unik.Tinggal bersama keluarga sejak kecil lagi.Namun kerana saiznya yang makin membesar maka tuannya memutuskan untuk meletakkannya di luar di sebelah tembok pagar rumahnya.Namun setelah beberapa hari dia diletakkan di luar,berlaku sesuatu yang agak pelik dan mustahil bagi seekor anjing iaitu Banzen duduk di atas tembok pagar rumahnya.
Setiap jiran yang lalu pasti akan berhenti di rumah Banzen kerana tertarik dengan aksi unik anjing tersebut.Memang betul!! Banzen seekor anjing yang boleh DUDUK malah dia menjuntaikan kakinya dan melepak di atas tembok dengan beberapa aksi menarik.Tapi apa yang paling menariknya ialah bagaimana Banzen mampu untuk naik ke atas tembok yang dikatakan tinggi hampir 1.6 meter itu.
Ha itulah korang Banzen naik dengan melompat tinggi kearah tembok manakala kaki belakangnya menendang tembok untuk melonjakkan dirinya ke atas dan kaki depannya memaut di atas tembok.Dahsyatkan anjing ni.Lagi satu bukan sahaja tembok rumahnya semua tembok yang ade dia mampu naik.Kagumkan?Banzen juga sering menjadi tumpuan kanak-kanak yang singgah ke rumahnya untuk bermain bersamanya malah mereka duduk di atas tembok bersama Banzen....how sweet!
Saksikan sendiri video ini
buat squat up