Musim buah ceri adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk di Amerika.Bukan sahaja terkenal dalam hidangan cherry pie tetapi juga ia sering dimakan bersama yogurt di waktu pagi,menjadi sos untuk hidangan dan masakan serta ia juga akan ditinkan sewaktu musim sejuk.Tapi apa sebenarnya kebaikan buah ceri ni?
Kebaikan buah ceri adalah terlalu banyak kalau nak diselongkar.Untuk pengetahuan korang juga doktor dan pakar pemakanan menganggap buah ceri sebagai makanan yang unik kerana tinggi dengan anti-oksida yang melawan penyakit malah kajian juga menunjukkan Ceri mengurangkan risiko kanser payudara,penyakit jantung dan keradangan seperti arthritis.Ceri juga mengandungi melatonin yang berupaya melambatkan proses penuaan dan juga meningkatkan kualiti tidur anda.
Terdapat banyak vitamin di dalam buah Ceri.Salah-satunya ialah vitamin C yang baik untuk kulit,malah buah ini juga kaya dengan nutrien seperti potassium dan beta carotene.Kaedah Diet bersama buah ceri membuktikan membantu mengurangkan lemak,kolestrol dan keradangan.Jadi bagi pesakit jantung buah ceri sememangnya diperlukan dalam diet.
Berapa agaknya kalori dalam Ceri?Sebiji Ceri hanya mengandungi 4 kalori dan untuk secawan ceri lebih kurang 74 kalori.Selain kurang lemak dan tinggi kandungan air kajian juga menunjukkan kandungan air dalam ceri dapat menambah tenaga serta meningkatkan kadar metabolisme badan.Bukan itu sahaja apa yang paling menarik ialah ia adalah diet yang sangat baik dan mudah.
Nutrien Buah Ceri
- Vitamin C
- Vitamin A
- Bioflavonoids
- Asid Ellagic
- Anthocyanins
- Melatonin
Kebaikan Buah Ceri
- Membantu melawan kanser
- Pencegah penyakit jantung
- Pengubat untuk penyakit arthritis,gaut dan pening kepala
- Mengurangkan simptom penyakit Sindrom Fibromyalgia
- Cara yang praktikal dan selamat untuk meningkatkan Melatonin dalam badan.