Gunung Everest adalah Gunung Tertinggi Dunia - Gunung tertinggi sebenarnya ialah Gunung Mauna dengan ketinggian 10,200 meter berbanding Gunung Everest yang mempunyai ketinggian cuma 8,848 meter. Mauna Kea nampak rendah kerana separuh dirinya di dalam air.
![]() |
Everest di Himalaya |
Tembok China binaan manusia yang tunggal boleh dilihat daripada angkasa - Daripada angkasa, binaan manusia yang lain seperti lebuhraya, lapangan terbang, empangan dan struktur lain juga dapat dilihat dari angkasa.
Lidah merasa sesuatu mengikut zon rasanya sahaja - Manis, masam, pahit, masin dan tawar boleh dirasa di kesemua bahagian lidah. Tidak semestinya belakang lidah merasa pahit semata-mata.
![]() |
Gambar hiasan |
Sesumpah berubah warna mengikut persekitaran - Sesumpah berubah warna mengikut psikologi dan emosi. Ia juga berubah warna sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan yang lain dan berinteraksi semasa ingin berlaga.
![]() |
Waktu marah juga ia bertukar warna |
Deria manusia ada lima - Manusia mempunyai deria yang lebih selain untuk merasa, melihat, menghidu, mendengar dan menyentuh. Seorang manusia juga mampu mengimbangi badan dan apabila luka merasa sakit yang membuktikan manusia mempunyai deria-deria lain.