Loading...
Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts


Tempat Paling Pelik Di Dunia

Comments

Planet Bumi adalah suatu ciptaan yang menakjubkan untuk diteroka dengan daya tarikan nilai estetika. Malah di era ini sarap dengan teknologi ini, wujud beberapa tempat yang akan ditemui atau dianggap sebagai pelik. Mari kita lihat 9 tempat-tempat yang paling pelik di bumi.

Kauai, Hawaii




Apa Pentingnya Hobi Untuk Kita?

Comments

Hobi merupakan satu aktiviti yang memberi kepuasan kepada diri dan ia dipilih khas berdasarkan keunikan citarasa dan bakat yang ada pada setiap individu. Melalui hobi, kita dapat meningkatkan kepuasan dalam dalam diri serta memberi nilai yang berharga kepada kehidupan kita. Seperti senaman, ia sangat penting untuk memastikan badan sentiasa sihat. Begitu juga minda kita, ia perlu sentiasa 'sihat' dengan menambah pelbagai aktiviti yang menenangkan jiwa dan minda kita. Banyak artikel dan kajian menyatakan bahawa manusia yang melakukan aktiviti kegemaran mereka akan kurang terdedah dengan gejala seperti kemurungan , kesunyian dan masalah negatif yang lain.


Header My Decrescendo Berwajah Baru

Comments

Salam semua. I'm back!!! Untuk pengetahuan semua blog My Decrescendo akan kembali aktif dengan info-info berguna dan buat permulaan Header My Decrescendo telah di naik taraf berkuatkuasa hari ini. Apa pun diharapkan pembaca akan terus setia dan rajin-rajinkan diri berkunjung ke blog ini disamping berkongsi idea untuk kebaikan dan manfaat buat semua. Header ini telah diilhamkan oleh saya sendiri dan direka menggunakan Adobe Photoshop CS5 Extended. Diharapkan anda semua menyukainya. Sekian !!!




10 Fakta Obesiti Yang Kita Tak Tahu

Comments

Sedar atau tidak Malaysia merupakan negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara manakala negara keenam di rantau Asia Pasifik. Ini merupakan perkara yang sangat memalukan khususnya kepada kepopularitian kita terhadap isu kesihatan. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 fakta menarik tentang obesiti di seluruh dunia sebagai pedoman kepada semua. Harap informasi ini dapat dikongsi sebagai iktibar buat kita semua.



10 Tips Jimat Petrol

Comments

Kenaikan harga minyak sememangnya membebankan majoriti penduduk di Malaysia ini. Jika golongan sederhana pun sudah merasa bahang kenaikan harga minyak inikan pula golongan miskin. Bagi pengguna kenderaan bertayar empat pula minyak adalah seperti air yang mengalir deras tanpa henti. Namun sebagai pengguna yang berhemah kita haruslah mencari jalan bagaimana menggunakan petrol dengan efisyen tanpa sebarang pembaziran. My Decrescendo ingin berkongsi 10 Tips Jimat Petrol.


6 Fakta Palsu Tentang Makanan

Comments

Ramai manusia inginkan badan yang sihat dan ideal. Namun tahukah anda amalan pemakanan yang kita sangka 'sihat' selama ini tidak semestinya membantu kita dalam mencapai misi kesihatan yang optimun. Lihat sahaja zaman sekarang pelbagai tips pemakananan dan keadah diet yang 'betul' memenuhi dada akhbar, majalah dan media elektronik. Persoalannya adakah ia berguna kepada kita? Ataupun tips tersebut hanya sekadar diguna-pakai oleh sesetengah pihak? My Decrescendo hari ini ingin membongkar rahsia di sebalik amalan palsu dalam kesihatan.


5 Helikopter Tempur Terhebat Dunia

Comments

Semenjak kemunculan pertama dalam perang dunia kedua, helikopter tempur merupakan anjakan paradigma kepada variasi dan bentuk peperangan. Daripada Perang Vietnam sehinggalah zaman peperangan moden, kewujudan helikopter tempur telah memberi impak yang besar bukan sahaja kepada teknologi ketenteraan malah strategi pertahanan sesebuah negara akan menjadi lebih digeruni. My Decrescendo ingin berkongsi 5 helikopter tempur paling hebat di dunia.


6 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Petrol

Comments

Petroleum merupakan bahan dagangan utama dunia. Maka tidak hairanlah mengapa negara-negara Arab adalah antara negara terkaya di dunia. Namun bagaimanakah Petroleum menjadi popular dan apakah cerita disebalik cecair hitam ini. My Decrescendo hari ini ingin merungkai kisah petroleum yang menarik dan misteri di sebaliknya.




10 Sejarah Kopi Yang Kita Tak Tahu

Comments

Kopi ialah minuman utama dunia selain teh. Aromanya cukup membuatkan kita terangsang dan kepahitannya cukup untuk membuatkan badan kita terasa segar. Namun tahukah anda dari mana datangnya benih kopi ini? Dan bagaimanakah ia diperkenalkan sebagai minuman? My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 Fakta Menarik Tentang Kopi.



10 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Senyum

Comments

Kebanyakan daripada kita semua apabila nak berposing dan upload picture ke facebook, perkara pertama yang bermain dibenak kita semestinya adalah senyum. Namun senyum sebenarnya adalah lebih daripada itu. Ia bukan sekadar ekspresi wajah untuk bergambar semata-mata. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 fakta yang kita tidak ketahui tentang senyum.


8 Kegunaan Mentega Kacang Yang Kita Tak Tahu

Comments

Mentega kacang kebiasaannya disapu pada roti. Boleh juga dicampur dengan coklat atau jam dan ada sesetengah daripada kita yang menggunakannya sebagai minuman seperti shakes atau smoothie. Namun sebenarnya mentega kacang mempunyai kegunaan lebih daripada itu. Ia bukan hanya sekadar makanan malah ia adalah perkakas rumah yang penting. Ya, perkakas rumah. My Decrescendo hari ini akan berkongsi 8 kegunaan luar biasa mentega kacang.


5 Kisah Stephen Hawking Yang Kita Tak Tahu

Comments

Stephen Hawking merupakan ahli fizik yang cukup terkenal di dunia. Banyak teori dan konsep baru yang diperkenalkan olehnya. Namun adakah anda sedar siapakah beliau disebalik kehidupannya dalam dunia saintis ini. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 5 kisah menarik suka-duka Stephen Hawking yang kita tak tahu.


5 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Coklat

Comments

Coklat sememangnya makanan paling bahaya bagi mereka yang mengidamkan bentuk badan ideal. Kerana ramai yang menganggap coklat adalah punca obesiti. Namun persoalannya adakah ia benar ataupun sekadar mitos masyarakat. Mungkin ada benarnya penyataan ini. Mari kita meneliti semula apakah perkara yang sebenarnya disebalik coklat yang menggoda ini.


10 Perkara Tentang Otak Yang Kita Tak Tahu

Comments

Otak adalah organ yang sangat penting bagi tubuh manusia. Dilabelkan sebagai CPU utama yang menjadi pusat kepada segala pergerakan dan tingkah laku manusia, otak juga merupakan alat terakhir yang berfungsi ketika manusia menghembuskan nafas yang terakhir. Dalam kata lain apabila sel otak keseluruhannya mati barulah manusia itu disahkan meninggal dunia. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi tentang 10 Perkara Tentang Otak Yang Kita Tak Tahu.


10 Perkara Yang Kita Tak Tahu Tentang Kucing

Comments

Kucing merupakan binatang peliharaan yang biasa dijumpai di setiap kawasan penempatan. Tidak kira penempatan bandar mahupun desa kucing adalah pilihan masyarakat kerana kecomelannya serta mudah dijaga. Bagi peminat-peminat kucing di luar sana, di sini My Decrescendo ingin berkongsi 10 perkara yang kita tak tahu tentang kucing dan mungkin perkara yang kita tersalah anggap tentang kucing. Diharapkan maklumat ini dapat membantu mereka-mereka yang menjadi penggemar kucing.



10 Rumah Paling Pelik Di Dunia

Comments

Senibina sesebuah rumah sememangnya akan jadi lebih menarik jika rumah itu mempunyai bentuk yang lain dari yang lain. Rumah yang pelik bukan sahaja menjadi perhatian kepada orang ramai malah ia menjadi simbolik kepada citarasa luarbiasa si pemilik. Inilah gambar 10 buah rumah yang paling pelik di dunia.


4 Keajaiban Hidupan Laut Yang Kita Tak Tahu

Comments

Hidupan laut merupakan ciptaan tuhan yang begitu indah dan besar nilainya. Khazanah alam ini menyimpan 1001 misteri serta keunikan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh manusia. Terlalu banyak manfaat yang dapat kita perolehi daripadanya jika kita mencari dan mendalami tentang ilmu alam yang tiada batasan. Berbalik kepada hidupan laut, sifat hidupan laut sendiri adalah sesuatu yang ajaib. Bukan sahaja menarik di mata tetapi hidupan laut juga mempunyai ciri-ciri yang sukar diterima logik akal. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi tentang keajaiban hidupan laut yang sangat menakjubkan.



5 Ciptaan Thomas Edison Yang Kita Tak Tahu

Comments

Pasti semua sudah mengenali Thomas Edison, seorang pencipta yang mempunyai bakat besar. Sudah tentu jika kita mendengar namanya, bulb adalah perkara pertama yang pop-up di laman minda  kita. Sedar atau tidak sebenarnya banyak lagi ciptaan Thomas Alva Edison yang sudah banyak memberi manfaat kepada kita. Jika nak disebutkan satu persatu amatlah banyak jadi untuk hari ini biarlah My Decrescendo berkongsi 5 Ciptaan Thomas yang kreatif.


5 Adengan Mustahil Dalam Filem

Comments

Adengan atau scene sesebuah filem merupakan faktor penerimaan masyarakat terhadap filem tersebut. Namun jika ditambah dengan aksi hiperbola maka sesuatu filem mungkin menjadi lebih menarik. Namun filem yang paling baik ialah bukan meletakkan adengan mustahil, tetapi meletakkan adengan yang sukar dilakukan namun logik pada akal. Barulah sebuah filem itu berkualiti dan boleh diterima ramai. My Decrescendo hari ini  ingin berkongsi 5 Adengan Mustahil yang tidak logik pada sains yang mungkin kita tidak perasaan akan kelemahan adengan tersebut.


5 Auta Yang Kita Sangka Fakta

Comments

Banyak fakta di luar sana yang dilihat logik namun setiap fakta mesti ada kecacatan dan tidak semuanya tepat. Walaupun sekarang kita menggangapnya tepat namun 10 atau 20 tahun lagi mungkin ia hanyalah sebagai sangkaan semata-mata kerana akan timbul banyak lagi kajian terperinci terhadap sesuatu perkara yang bakal memberi penjelesan setepat-tepatnya. Beralih kepada topik hari ini, MyDecrescendo ingin menukar fakta yang diketahui umum dengan fakta sebenar agar kita tidak terkeliru dan mendapat maklumat yang salah.