Loading...
Showing posts with label JOURNAL. Show all posts
Showing posts with label JOURNAL. Show all posts


Apa Pentingnya Hobi Untuk Kita?

Comments

Hobi merupakan satu aktiviti yang memberi kepuasan kepada diri dan ia dipilih khas berdasarkan keunikan citarasa dan bakat yang ada pada setiap individu. Melalui hobi, kita dapat meningkatkan kepuasan dalam dalam diri serta memberi nilai yang berharga kepada kehidupan kita. Seperti senaman, ia sangat penting untuk memastikan badan sentiasa sihat. Begitu juga minda kita, ia perlu sentiasa 'sihat' dengan menambah pelbagai aktiviti yang menenangkan jiwa dan minda kita. Banyak artikel dan kajian menyatakan bahawa manusia yang melakukan aktiviti kegemaran mereka akan kurang terdedah dengan gejala seperti kemurungan , kesunyian dan masalah negatif yang lain.


8 Kegunaan Mentega Kacang Yang Kita Tak Tahu

Comments

Mentega kacang kebiasaannya disapu pada roti. Boleh juga dicampur dengan coklat atau jam dan ada sesetengah daripada kita yang menggunakannya sebagai minuman seperti shakes atau smoothie. Namun sebenarnya mentega kacang mempunyai kegunaan lebih daripada itu. Ia bukan hanya sekadar makanan malah ia adalah perkakas rumah yang penting. Ya, perkakas rumah. My Decrescendo hari ini akan berkongsi 8 kegunaan luar biasa mentega kacang.


4 Keajaiban Hidupan Laut Yang Kita Tak Tahu

Comments

Hidupan laut merupakan ciptaan tuhan yang begitu indah dan besar nilainya. Khazanah alam ini menyimpan 1001 misteri serta keunikan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh manusia. Terlalu banyak manfaat yang dapat kita perolehi daripadanya jika kita mencari dan mendalami tentang ilmu alam yang tiada batasan. Berbalik kepada hidupan laut, sifat hidupan laut sendiri adalah sesuatu yang ajaib. Bukan sahaja menarik di mata tetapi hidupan laut juga mempunyai ciri-ciri yang sukar diterima logik akal. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi tentang keajaiban hidupan laut yang sangat menakjubkan.



Aneh : Pulau Yang Hilang Wujud Dalam Peta

Comments

Kisah benar ini diceritakan oleh seorang pengkaji geologi, Miklethwaite yang baru-baru ini terlibat dalam operasi mencari sebuah pulau yang hilang. Senario ini bukannya sama seperti kehilangan dua bandar yang mempunyai legenda sejarah seperti Atlantis dan juga Shangri-La namun apa yang menarik ialah pulau ini mempunyai kisah misteri yang tersendiri. Pulau yang hampir besar dengan Manhattan Island ini ditemui dalam Google Earth dengan keluasan 75 batu persegi pada kedudukan di antara Australia dan French New Caledonia.



Kisah Benar : Tanpa Mata Mampu Main Piano

Comments

Setiap manusia dianugerahkan dengan pelbagai keupayaan dan bakat tersendiri. Walaupun cacat, gadis yang berusia 10 tahun ini adalah seorang yang amat berbakat kerana tanpa penglihatan dia mampu bermain piano dengan hebat malah antara terbaik setanding dengan manusia yang cukup pancainderanya. Mula bermain piano ketika umurnya tiga tahun Yoo Ye-Eun adalah insan yang mempunyai bakat semulajadi kerana boleh bermain sebuah lagu dengan hanya sekali dengar dan apa yang lebih menarik Ye-Eun mempunyai pitch yang sempurna tanpa kelas muzik.



Video Menarik : 5 Etika Tunduk Di Negara Jepun

Comments

Jepun sememangnya kaya dengan budaya dan etikanya tersendiri. Etika tunduk merupakan elemen terpenting yang menjadi simbolik kepada penghormatan dan peradaban di sana. Tunduk atau bow membawa maksud merendahkan kepala individu sebagai tanda hormat dan sanjung kepada individu yang lain. Ia juga membawa maksud merendahkan diri dan menunjukan bahawa individu itu mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun Amerika Syarikat merupakan sebuah kuasa yang besar, namun tindakan Barrack Obama menundukkan kepala di hadapan Maharaja Akihito adalah perkara yang patut dipuji dan bukannya dikritik. Sesetengah pihak merasa tidak puas hati dengan tindakan Obama kerana bagi mereka "Americans Don't Bow".


Ferrari California dan Fakta 30

Comments

Setelah menikmati kejayaan di seluruh dunia sepanjang kerjayanya dalam industri permotoran, evolusi baru Ferrari California dicirikan dengan bilangan 30. 30 mewakili fakta tentang kereta ini di mana ia adalah 30 kilogram lebih ringan dan 30 kuasa kuda yang lebih kuat.


Gerhana Penuh Hari Ini di Australia

Comments

Fenomena langit yang jarang sememangnya menjadi acara ulung kepada manusia untuk melihat. Begitu juga peristiwa gerhana matahari yang dijangka akan melepasi Utara Australia hari ini. Untuk melihat gerhana matahari, langit yang kosong sudah tentu menjadi sebahagian daripada kriteria para astronomi mahupun pemerhati biasa.


Pelik : 5 Kolam Mandi Unik Di Awangan (Serata Dunia)

Comments

Kolam mandi berada di awangan??Mungkin idea ini nampak mengarut dan gila namun perkembangan senibina sivil yang pesat menjadikannya ia satu lagi inovasi dalam bidang ini. Berikut antara kolam ternama yang berada di awang-awangan.


7 Kegunaan Luar Biasa Penyepit Baju

Comments

Penyepit Baju sememangnya direka khas untuk menyidai baju di jemuran. Mydecrescendo hari ini ingin berkongsi dengan semua bagaimana penyepit baju dapat memudahkan kerja-kerja harian dengan teratur. Hidup lebih senang hanya dengan Penyepit Baju.
                                                    


Aneh : Titian di tengah-tengah laut

Comments

Fenomena alam semulajadi sememangnya adalah kurniaan tuhan yang sangat indah. Sebagai hamba-Nya wajib kita berfikir dan mencari isi yang tersirat disebalik tiap-tiap kejadian itu. Nescaya kita akan tergolong dalam manusia yang diredhai. Bagi masyarakat di Malaysia fenomena alam yang luar biasa sememangnya menjadi tarikan sebagai contoh Misteri anak sungai yang hilang di Kampung La Besut ataupun Misteri pasir bewarna hitam di Langkawi.


Paus Paling Jarang Ditemui di New Zealand

Comments


                        

Paus yang diberi nama Spade-toothed beaked Whales merupakan paus paling jarang ditemui. Semenjak tahun 1872 rangkanya ditemui  di kepulauan pasifik namun spesisnya tidak dapat dikenalpasti waktu itu.
Kemudian rangkanya sekali lagi ditemui di New Zealand pada era 50-an dan 1986 di Chille. Menurut pakar pengkaji mamalia, paus ini jarang sekali ditemui berikutan kelakuannya yang tidak gemar ke pesisiran pantai.   

Aneh : Kena Brek Kalau Naik Bukit??( 7 Keindahan Dunia )

Comments



Kejadian ini berlaku di sebuah pulau yang bernama Jeju. Pulau ini dikategorikan sebagai 7 Keindahan Semulajadi di Dunia oleh New7Wonders Foundation di Zurich, Switzerland. Jeju merupakan pulau gunung berapi yang terletak kira-kira 130km dari persisiran selatan Korea.Pulau terbesar dan wilayah terkecil di Korea itu mempunyai keluasan kira-kira 1,846 km persegi. Ciri utama keadaan pulau ini adalah Hallasan, gunung tertinggi di Korea Selatan yang merupakan gunung berapi aktif, yang timbul 1,950 m  atas paras laut berserta 360 gunung berapi satelit di sekitar gunung berapi utama.


Melayu Orang Pertama Mengelilingi Dunia Bukannya Barat

Comments

Salam semua.
            Mungkin ada di antara kita yang pernah terdengar tentang kisah yang membuktikan bahawa Melayu adalah orang pertama yang mengelilingi dunia menggunakan kapal layar dan bukannya Magellan seperti yang termaktub dalam kitab sejarah Barat.Berpandukan fakta dan sumber sejarah yang ada,novel sejarah Panglima Awang hasil karya Harun Aminurrashid  telah diangkat oleh masyarakat kita pada suatu masa dahulu dan ia dijadikan silibus pendidikan untuk Malaysian Certificate of Education (MCE).Enrique adalah nama Melayu yang dikatakan telah berjaya  mengelilingi dunia dengan menghabiskan pelayaran di Cebu dan Melaka selepas kematian Kapitan Magellan menurut artikel lama Strait Times yang diakui sendiri oleh beberapa pakar sejarah.


My Decrescendo

2 comments

Why i named my blog as my decrescendo...?anyone...haha....so this is the story.......i got this idea from the korean drama....Beethoven Virus...  Music is a part of our life...where ever you go.....music can be hear anywhere whether we realize it or not.......so decrescendo is a music interpretation....its mean the gradually decrease of loudness....it is italian language actually......

Gradual changes

In addition, there are words used to indicate gradual changes in volume. The two most common are crescendo, sometimes abbreviated to cresc., meaning "get gradually louder"; and decrescendo ordiminuendo, sometimes abbreviated to decresc. and dim. respectively, meaning "get gradually softer". Signs sometimes referred to as "hairpins" are also used to stand for these words (See image). If the lines are joined at the left, then the indication is to get louder; if they join at the right, the indication is to get softer. The following notation indicates music starting moderately loud, then becoming gradually louder and then gradually quieter.
Why it related?
It is easy.....decrescendo is a symbolic that describe my life.........Recently i become more mature..not like before ....r u think so?When i'm still young(since when i'm old?) i hardly to control my anger and always yell at my friends..but now i think i've change....i become more.....sentimental.....this is the word i can describe......hope everyone clear now and i hope you all can share your opinion and idea with me since i am new in blog....ok...bye aneyo =)