Loading...


Marry Me Mary Episod 6

Comments


Sinopsis Episod 6

Rentetan daripada ciuman mengejut Mu Gul, Mary kaku seketika. Jantung Mary berdegup kencang setiap kali memikirkan tentang diri Mu Gul akibat kejadian itu.

Mary kemudiannya mengetahui tentang kontrak yang ditipu oleh pengurus lama 'suaminya' dan terus meminta bantuan daripada Jung In.Jung In mendesak pengurus lamanya itu untuk melepaskan Mu Gul.Mu Gul yang sedar dengan tindakan Mary merasa sangat dukacita kerana melibatkan Jung In dan meminta bantuannya.

Mu Gul lantas pergi berjumpa dengan Jung In untuk tidak campur tangan kerana ia tidak berkaitan dengannya.Dalam kemarahan Mu Gul,Jung In mengambil gitar dan menunjukan keikhlasan dan minat yang dalam terhadap muzik.Hari berikutnya Mu Gul menandatangani kontrak dengan JI Entertainment.

Semakin hari selepas itu mereka mula menunjukkan keserasian namun mereka tetap sedar masalah utama adalah Mary yang menjadi rebutan di antara mereka kerana masing-masing sedar yang mereka mahukan gadis yang sama.

Ayah Jung In mengingatkan sekali lagi kepada Jung In agar berusaha mendapatkan Mary jika tidak ayahnya akan menarik semula pelaburan ke atas syarikatnya itu.

Dalam perasmian JI Production Jung In meminta Mu Gul menyampaikan lagu.Walaupun Mu Gul enggan berbuat demikan dia akhirnya akur dengan permintaan Jung In.Mu Gul terlihat kemesraan di antara Mary dan Jung In .Cemburu mula membuak-buak.Takut perkahwinan palsunya terbongkar Mu Gul lantas memberitahu Jung In bahawa perkahwinan mereka adalah benar dan bukan pembohongan.