Salam semua.
Untuk entri kali ni aku nak timbulkan sikit isu yang aku rasa patut diketengahkan.Sepanjang apa yang aku nampak sistem pendidikan negara sudah pun berkembang pesat.Apa yang bagusnya ialah kita sudah semakin matang dan tidak terikut-ikut dengan acuan sistem pendidikan barat.Bagaimanapun aku cuma agak risau dengan senario yang berlaku kat dalam negara kita nih.Memang matlamat pendidkan negara tu amat murni sekali kalau nak dilaksanakan tapi bagaimanapun terdapat banyak lopongnya.Seperti yang kita ketahui sistem pendidikan negara sekarang mensasarkan 60 peratus pelajar sekolah menengah mengambil jurusan sains.Memang tak salah kalo kita nak ramai memilih jurusan sains.Sektor pekerjaan pon memang banyak memerlukan pelajar Sains.
Tapi kalau kita fikir-fikirkan apa yang berlaku sekarang ni ramai pelajar yang dapat keputusan cemerlang di dalam PMR tapi terkandas semasa SPM.Kalo nak cakap UPSR tu lagilah.Selepas cemerlang dalam PMR mereka mengambil jurusan yang mereka tak minat contohnya Biologi.Kemudian semasa SPM diorang kecundang.Jadi kemana mereka nak pergi lepas nih.Itu menjadi isu kat sini.Sistem kita kurang terbuka sebenarnya.Memang pihak sekolah tak memaksa mereka memilih jurusan Sains tapi apa yang aku tengok rata-rata sekolah harian biasa mengamalkan sistem streaming di mana pelajar yang cemerlang semasa PMR terus dimasukkan ke aliran sains.Pada pendapat aku mereka sepatutnya membiarkan pelajar itu sendiri yang membuat keputusan barulah ada sikap keterbukaan.Kemudian ada juga sekolah yang tak pernah mendedahkan tentang kerjaya kat luar sana.Asyik2 doktor,jurutera,akauntan dan lawyer.Jadi skop untuk memilih kerjaya amatlah sempit.Bagi aku semasa umur diorang dalam lingkungan 14 tahun lagi diorang sepatutnya dah mula serius untuk memilih kerjaya mereka.Kalau kita lihat sistem pendidikan negara sudah semakin merosot.Memang berita kat mana-mana cakap keputusan SPM meningkat tapi kualitinya macamana.
Kalau 50 tahun dahulu pelajar di Malaysia yang cemerlang mudah diterima dan tawaran biasiswa luar negara sangat luas tapi kenapa sekarang ramai yang cemerlang tapi tak dapat pergi melanjutkan pelajaran kat luar.Apapun ni isu yang berbeza jadi aku tak nak membuat kesimpulan selanjutnya.
Cuma apa yang aku nak sampaikan kat sini kita terlalu taksub dengan sistem Gred.Sebenarnya berapa A yang diperolehi daripada peperiksaan tu bukan penentu kejayaan seseorang,kalau kita lihat kebanyakan kat Malaysia ni ramai graduan menganggur tapi sebab apa.Sebabnya bagi mereka ijazah tu merupakan satu keperluan dan mendapat SPM berpuluh A itu adalah menjadi satu kemestian untuk mencari peluang dalam kerjaya.Tapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih penting iaitu Kebijaksanaan ataupun Wisdom.Pandai atas kertas tak semestinya bijak untuk hidup.
Apa yang aku perhatikan kita masih lagi pentingkan gred dan ijazah,tapi cuba kita berfikir luar daripada kotak pemikiran kita kenapa ramai yang tak mempunyai ijazah boleh lebih berjaya daripada yang ada ijazah.Contohnya Bill Gates yang tak sempat menghabiskan ijazah tapi boleh berjaya.Kenapa?Cuba kita lihat pula sistem pendidikan kat Jepun dan Korea,sistem pelajaran diorang banyak yang terbuka jadi skop diorang pon lebih meluas kerana disediakan kelas yang berbagai-bagai.
Apa yang aku lihat kat Malaysia ni pelajar yang miskin tak berpeluang nak menunjukkan bakat atau kelebihan yang diorang ada.Berapa ramai pelajar Malaysia yang pandai main violin,piano,cello,saxophone dan seruling.Mungkin ada tapi dalam lingkungan 100 orang pelajar hanya sorang jer yang tahu.Bende ni bagi sesetengah orang merupakan perkara yang remeh tapi ini sebenarnya kayu ukur kepada kualiti pendidikan negara.Mungkin mereka tak pandai dalam bidang sains tapi mana tahu kalau2 mereka ada bakat yang lebih besar,who knows?
Samalah dengan bidang usahawan,tak semestinya kalau mereka tak pandai fizik diorang tak boleh berjaya.Kalau dah minat berniaga pergi jer kursus perniagaan,buat apa nak paksa diri melanjutkan ijazah dalam bidang kejuruteraan.Kalau lulus oklah tapi kalau sangkut?
Jadi pendedahan amat penting kat sini sejak dari bangku sekolah dan sistem pendidikan kita pon seharusnya berubah dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memilih kerjaya masing-masing.Pemuzik,ahli sukan,tukang masak,ahli bomba dan pelakon pun dikira sebagai kerjaya.Kerana tradisi pendidikan kita,pelajar-pelajar hanya nampak kerjaya doktor,jurutera,akauntan,lawyer dan arkitek tapi akhirnya bekerja sebagai guru (KPLI) kerana susah mendapat pekerjaan.Bukannya nak menghina sesiapa cuma realiti memang macamtu,anyway baguslah kalau dah rezeki kat situ tapi kalau ada yang memilih kerja pula,mereka terpaksa hidup menganggur kerana mereka sendiri tak tahu kelebihan yang mereka ada.Kalau boleh itu yang kita harus hindarkan.Jadi kesimpulannya sistem kita perlulah lebih terbuka barulah pendidikan kita berkualiti dan unggul.Apepun topik kali ni sekadar ingin berkongsi pendapat dan takde kene mengena sama ada yang hidup ataupun yang telah mati.Apapun thanks for reading.Jumpe lagi dalam entri seterusnya k!
Loading...
Sistem Pendidikan Kita,kenapa begini?
2011-03-30T01:19:00+08:00
tikuzza
INTEREST|