Salam semua.
Topik kali ini agak menarik dan sedikit pelik kalau nak difikirkan secara logik.Betul ke buah-buahan boleh kuatkan kereta dan menjimatkan minyak?Ini persoalan yang bermain di minda apabila melihat sahaja kepada tajuk post kali ini.Jawabnya ya,boleh.Aku harap lepas ni korang dah bersedia untuk naik pisang bergerak ataupun wagon nenas, hehe just melawak jer.Artikel ini aku terbaca baru jer lagi lepas tuh terus aku share dengan korang.Biasalah kalau bende-bende interesting ni aku terus jadi excited nak share.
Apapun artikel ni mengatakan Saintis di Brazil telah menemui satu penemuan yang luar biasa di mana kajian yang dilakukan selama beberapa tahun menunjukkan respon yang positif.Mereka menemui cara baru dengan menggunakan fiber ataupun serat daripada buah-buahan untuk dijadikan plastik yang lebih kuat dan ringan Plastik ini juga bakal digunakan sebagai bahagian pada kenderaan.
Jelas Alcides Leao,Ketua Projek daripada Sao Paulo State University, plastik yang diperbuat daripada serat buahan amat mengagumkan.Ia ringan tetapi sangat kuat lebih kurang 3 kali lebih ringan dan 4 kali lebih kuat.Leao juga percaya bahagian seperti dashboard,bumper,side panel akan dihasilkan daripada serat buah bersaiz nano pada masa hadapan.Hanya untuk satu sebab kukuh pengusaha kereta berbuat demikian kerana masing-masing ingin meringankan kereta mereka agar ia boleh menjimatkan minyak.
Produk ini hampir sama dengan Kevlar yang digunakan dalam vest kalis peluru kata Leao semasa hadir di Persidangan Kebangsaan dan Persatuan Bahan Kimia Amerika untuk mempersembahkan kertas kerja beliau yang berlangsung selama hampir dua hari.
Di antara tumbuhan yang terlibat untuk menghasilkan bahan mentah untuk serat ini adalah daun dan batang pokok nenas,tempurung kelapa,pisang,agave,tanaman paya seperti mengkuang dan sebagainya.
Selain daripada ringan dan kuat,plastik ini juga adalah tahan haba,kalis air serta gasolin berbanding plastik konvensional kata penyelidik.
Ia mungkin akan digunakan dalam masa 2 tahun lagi.Pembiayaan kajian ini datangnya daripada kerajaan Brazil sendiri,Pematic,Toro Industri,Comercio Ltd dan syarikat yang lain kata saintis.
p/s : akan datang kereta jadi lebih ringan untuk jimat minyak,takut-takut ada yang salah-guna kelebihan ni jadi Alonso (^^,)
Loading...
Labels:
TECHNOLOGY
Buah-buahan mampu menguatkan kereta dan tingkatkan efisyen minyak?
Buah-buahan mampu menguatkan kereta dan tingkatkan efisyen minyak?
2011-03-29T00:11:00+08:00
tikuzza
TECHNOLOGY|
Comments
Buah-buahan mampu menguatkan kereta dan tingkatkan efisyen minyak?
2011-03-29T00:11:00+08:00
tikuzza
TECHNOLOGY|